
Mangsa yang juga seorang pembantu kedai makan, Muhammad Yusri Akbar disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi cedera pada tangan kiri.
Ketua Polis Melaka Tengah, Christoper Patit, berkata kemalangan pada 4.45 petang itu berlaku apabila penunggang motosikal berusia 16 tahun berkenaan dipercayai cuba mengelak pemotong rumput di tepi jalan.
“Ketika kejadian pelajar terbabit dari arah rumah kedai menghala ke sekolah sebelum ternampak pemotong rumput di tepi sebelah kiri jalan.
“Mangsa mengelak ke kanan jalan hingga berlanggar dengan motosikal Honda RS 150 ditunggangi remaja 18 tahun itu,” katanya, lapor Berita Harian.
Christopher berkata, setakat ini, tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.