Amanah tepis tuntutan kerusi ketua Pemuda Hulu Selangor

Amanah tepis tuntutan kerusi ketua Pemuda Hulu Selangor

Naib Presiden Adly Zahari berkata rundingan kerusi di Selangor mengikut formula kerajaan perpaduan.

Naib Presiden Amanah Adly Zahari berkata perbincangan rundingan kerusi di peringkat jawatankuasa selesai dan hasilnya dikemukakan kepada kepimpinan parti.
KUALA LUMPUR:
Kepimpinan Amanah menepis tuntutan oleh ketua Pemuda Hulu Selangor yang mahu sama ada DUN Hulu Bernam atau Batang Kali diberikan kepada parti itu sebagai “pendapat peribadi”.

Naib Presiden Adly Zahari berkata kerajaan perpaduan mempunyai formula tersendiri untuk mengagihkan kerusi di Selangor dan lima negeri lain yang akan berpilihan raya tidak lama lagi.

“Hanya pendapat peribadi beliau,” katanya mengulas kenyataan Abdul Mun’im Roslin yang mahu salah satu kerusi itu diberikan kepada Amanah kerana rekod perkhidmatan parti tersebut di situ.

Mun’im dalam kenyataan semalam tidak bersetuju dengan niat Umno untuk bertanding di Hulu Bernam dan Batang Kali atas alasan kerusi tradisi. Katanya, tiada jaminan Barisan Nasional boleh menang lagi di situ.

Umno mewakili rakyat Hulu Bernam sejak dua penggal lalu, manakala Bersatu merampas Batang Kali daripada Umno pada PRU14.

“Perbincangan rundingan kerusi di peringkat jawatankuasa telah selesai dan hasilnya dikemukakan kepada kepimpinan parti,” kata Adly, yang terlibat dalam rundingan kerusi kerajaan perpaduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.