Penjualan taman tema Singapura akan dibincang, Anwar tak maklum tentang serbuan rumah LHDN

Penjualan taman tema Singapura akan dibincang, Anwar tak maklum tentang serbuan rumah LHDN

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan membincangkan penjualan taman tema Kidzania Singapura pada harga RM379,000, menurut laporan media.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan membincangkan penjualan Kidzania Singapura oleh Khazanah Nasional Berhad, pada harga RM379,000, selepas melabur sebanyak RM165.52 juta, seperti yang dilaporkan media.
CYBERJAYA:
Kerajaan akan membincangkan penjualan sebuah taman tema milik Khazanah Nasional Berhad di Singapura yang dilaporkan dijual pada harga yang merugikan.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dengan mereka (Khazanah),” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah.

Beliau mengulas laporan oleh The Vibes bahawa syarikat berkaitan kerajaan itu menjual Kidzania Singapura pada harga RM379,000, selepas melabur sebanyak RM165.52 juta.

Akhbar Singapore Business Times melaporkan bahawa Kidzania Singapura mencatatkan hasil sebanyak RM51.73 juta dan kerugian selepas cukai sebanyak RM28.63 juta.

Taman tema itu juga dilaporkan berhutang RM184.17 juta kepada pemiutang, dengan kira-kira 93% hutang itu kepada Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd, anak syarikat Khazanah.

Mengulas perkembangan lain, Anwar berkata beliau tidak dimaklumkan tentang rumah Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin diserbu dan digeledah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa ia urusan badan-badan penyiasat.

“Itu urusan LHDN,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.