
Katanya dalam kenyataan, terdapat segelintir ketua-ketua jabatan yang mengenakan syarat secara sembarangan ke atas pihak yang berpotensi menjadi pelabur.
Beliau berkata tindakan itu bertentangan dengan tanggungjawab ketua jabatan untuk memudahkan pelaburan, serta memberi isyarat yang salah kepada pihak yang berpotensi menjadi pelabur dan menawarkan hati mereka untuk melabur di Sabah.
“Kita mahu cipta lebih banyak pekerjaan sebab itu kita mahu bawa masuk lebih ramai pelabur,” katanya ketika majlis angkat sumpah ahli-ahli majlis daerah.
Beliau menekankan bahawa Sabah mesra pelabur serta akan memantau kes-kes sebegitu dan tidak akan teragak-agak bertindak jika perlu.
Sementara itu, beliau juga mengingatkan ahli majlis daerah bahawa mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan.
Hajiji mahu ahli majlis daerah jangan benarkan pembangunan dijalankan secara sembarangan.