Hatta ganti Saari Sungib di Hulu Kelang?

Hatta ganti Saari Sungib di Hulu Kelang?

Menurut sumber parti, Saari Sungib yang menjadi Adun Hulu Kelang sejak 2008 mengalami masalah kesihatan.

Menurut sumber, Amanah akan meletakkan Setiausaha Agung Hatta Ramli untuk mempertahankan DUN Hulu Kelang yang disandang Saari Sungib.
PETALING JAYA:
Amanah dikatakan akan meletakkan Setiausaha Agung Hatta Ramli untuk mempertahankan DUN Hulu Kelang, yang kini disandang Saari Sungib.

Menurut sumber parti, Saari yang mewakili rakyat Hulu Kelang sejak 2008 tidak akan mempertahankan kerusi itu pada PRN kali ini kerana masalah kesihatan.

Saari yang juga timbalan ketua Amanah Selangor, menang DUN Hulu Kelang menerusi PAS pada 2008, namun keluar parti dan bersama beberapa pemimpin lain membentuk Amanah pada 2015.

“Pemimpin kanan Amanah (Hatta) itu antara calon utama yang mampu mengekalkan kerusi Hulu Kelang,” kata sumber itu kepada FMT.

Sementara itu, Hatta ketika dihubungi FMT mengakui ada mendengar khabar angin itu, namun menyerahkan urusan calon kepada parti dan Pakatan Harapan.

“Saya pun ada dengar-dengar macam ini. Ada dua tiga orang bertanya tetapi kepastian tidak ada lagi. Tunggulah pengumuman nanti,” kata bekas Ahli Parlimen Lumut itu.

Pada PRU 2018, Saari menang kerusi bawah Parlimen Gombak itu dengan majoriti 15,349 undi menewaskan calon Barisan Nasional dan PAS.

Ditanya bilangan kerusi yang dituntut Amanah pada PRN kali ini, Hatta yang juta pengarah pilihan raya parti berkata perkara itu akan diumumkan kelak.

“Kita dah hampir selesai kerusi dengan BN. Untuk Amanah, tunggu parti akan umumkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.