
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk menambah baik cara testimoni diambil dan menjadikan satu mandatori untuk laporan tahunan suruhanjaya itu dibahaskan di Parlimen.
“Ini bukan mahu mencari salah sesiapa. Tujuan untuk membahaskan laporan tahunan Suhakam adalah bagi mendapat maklum balas daripada agensi berkaitan dan mengumpul maklum balas Ahli Parlimen.
“Kita maklum laporan itu disediakan secara bebas, tanpa arahan atau campur tangan mana-mana pihak,” katanya.
Berdasarkan Seksyen 21 akta itu, suruhanjaya perlu membentangkan laporan tahunan dan aktiviti sepanjang tahun di Parlimen.
Pada 2019, laporan tahunan Suhakam dibahaskan di Parlimen buat kali pertama.
Bagaimanapun, pada 2020 kerajaan Perikatan Nasional menangguhkan laporan Suhakam di Parlimen dengan alasan kerajaan tiada perancangan untuk membenarkan ia dilakukan lagi.
Pada Disember lalu, Pengerusi Suhakam Rahmat Mohamad menggesa Putrajaya membentang dan membahaskan laporan tahunannya di Parlimen.