
Perbuatan tiga pencuri bertopeng dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah terbabit menunjukkan mereka menceroboh bahagian dapur dan mencuri pelbagai jenis makanan pada jam 6 pagi.
Ketua Polis Kuching, Ahsmon Bajah, berkata bagaimanapun, salah seorang suspek berjaya ditahan pada jam 5.20 pagi, Ahad.
“Hasil semakan mendapati suspek memiliki empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya menurut Berita Harian.
Katanya, ketika ini polis sedang giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, denda serta sebat.