KKM lulus peruntukan khas lebih RM770,000 untuk hospital di JB

KKM lulus peruntukan khas lebih RM770,000 untuk hospital di JB

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata peruntukan itu bagi membeli aset perubatan dan bukan perubatan untuk dua hospital.

Kekurangan petugas kesihatan menyebabkan dua wad di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru terpaksa ditutup sepenuhnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan khas berjumlah RM771,600 kepada Jabatan Kesihatan Johor bagi membolehkan pembukaan dua wad yang ditutup akibat kekurangan aset.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan itu dibuat susulan lawatan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pada akhir bulan lalu.

“Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600 bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk membolehkan kedua-dua wad berkenaan dibuka segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada awal bulan ini, KKM berkata pihaknya akan menghantar doktor dan jururawat tambahan di Johor yang kini berdepan kekurangan kira-kira 2,800 petugas kesihatan. Kekurangan petugas itu menyebabkan dua wad di HSI terpaksa ditutup sepenuhnya.

Zaliha juga berkata waran peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM634,916.00 juga disalurkan bagi perolehan aset bukan perubatan untuk memenuhi keperluan yang mendesak di kedua-dua hospital berkenaan.

Katanya, seramai 35 orang jururawat perjawatan tetap dan perjawatan-perjawatan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan dan beberapa jawatan kontrak lain sedang menunggu untuk disahkan.

KKM juga mengemaskini data dan pemetaan bagi memastikan tiada lebihan petugas dan mengenal pasti keperluan optimum operasi di mana-mana hospital mahu[ klinik kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.