
Kejadian disedari pada kira-kira 1.30 tengah hari, selepas orang awam menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam di taman tema tersebut, menurut Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor
“Kejadian berlaku semasa mangsa bersama kakaknya berusia 8 tahun sedang bermain di sebuah kolam,” kata Ahmad Ridhwan dalam kenyataan, lapor Bernama.
“Bapa mangsa kemudian dimaklumkan oleh orang awam bahawa salah seorang anak perempuannya telah tidak sedarkan diri.”
Beliau berkata, setelah mangsa dibawa oleh ambulans ke Hospital Banting, pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat lemas.
Kes disiasat bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).