RM9.6 juta baik pulih 39 klinik daif di Kelantan

RM9.6 juta baik pulih 39 klinik daif di Kelantan

Menteri kesihatan berkata ia termasuk baik pulih klinik desa, kesihatan dan pergigian.

Dr Zaliha Mustafa berkata KKM menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif untuk memantau pelaksanaan projek setiap negeri. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan RM9.6 juta.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata klinik yang dikenal pasti itu membabitkan lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan, dan 13 klinik pergigian.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif untuk memantau pelaksanaan projek setiap negeri.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.

“Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.