
Kenderaan itu dipercayai terlibat nahas pada 3.10 pagi tadi, selepas terlanggar konkrit pembahagi laluan motosikal di atas Jambatan Sultan Ahmad Shah II, lalu terbabas dan terbalik.
Ketua Polis Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff, berkata pemandu van berusia 28 tahun bersama tiga penumpang berusia 24 hingga 54 tahun yang mengiringi jenazah dilaporkan cedera.
“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Azhar berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09 2716086 bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, van jenazah itu dibawa ke IPD Temerloh untuk pemeriksaan lanjut, manakala siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.