Kerajaan perpaduan lebih prihatin golongan bawahan, kata Anwar

Kerajaan perpaduan lebih prihatin golongan bawahan, kata Anwar

Perdana menteri berkata itulah perbezaan kerajaan perpaduan berbanding pentadbiran terdahulu.

Anwar Ibrahim menyeru bandar di seluruh negara menyediakan rancangan pembangunan bagi mengangkat martabat golongan berpendapatan kecil. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perpaduan pada masa ini lebih prihatin terhadap kelompok bawahan memperlihatkan perbezaan daripada kerajaan sebelum itu.

Beliau berkata, terdapat ramai warung mahupun gerai perniagaan kecil di negara, namun peruntukan bagi mereka dilihat tidak sepadan.

“Berbilion-bilion ringgit dibelanjakan untuk projek-projek besar, tapi peruntukan kecil untuk menjamin tempat peniaga kurang.

“Jadi saya nak puluhan projek dilaksanakan seperti hari ini kerana jumlah penduduk yang berada di kategori bawah ini ramai,” katanya ketika merasmikan D’Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak.

Sambil itu, Anwar turut menyeru bandar di seluruh negara menyediakan rencana perancangan pembangunan bagi mengangkat martabat golongan berpendapatan kecil.

“Kita nak ibu negara indah, kita mercu tanda gagah hebat, projek mega banyak, hotel lima atau enam bintang ada, restoran besar ada. Tetapi kita nak juga kemudahan bagi rakyat terbanyak (kelompok bawah).

“Jangan jadikan slogan Madani kosong sahaja, kena ada sifat ihsan dan kasih sayang…dan memastikan keadilan dan kesaksamaan peluang bagi setiap orang kecil,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.