
“Saya dimaklumkan dua, tiga hari lalu, Peguam Negara, Idrus Harun menerima surat daripada peguam waris Sulu menulis surat amat biadab, mendakwa mereka bukan saja ada hak ke atas Sabah, malah berhak ke atas tuntutan dari Malaysia.
“Tuntutan sebanyak USD14.92 bilion (RM68.50 bilion) kini meningkat kononnya dikenakan faedah dan kini berjumlah USD16 bilion (RM73.46 bilion).
“Surat peguam waris Sulu itu sudah dijawab peguam negara yang menyatakan jangan memandang rendah keupayaan Malaysia sebagai negara Islam berdaulat dan merdeka,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau turut mencabar waris Sulu membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Belanda berbanding Mahkamah Timbang Tara Komersial.
“Jadi, sebenarnya saya melihat ini satu taktik mereka dapat duit daripada Malaysia dengan menggunakan platform undang-undang perniagaan menerusi Mahkamah Timbang Tara Komersial.
“Saya melihat waris Sulu ini dipergunakan segolongan tertentu di negara Barat hanya untuk proses menuntut Malaysia membayar duit kepada mereka.”
Sementara itu, Azalina berkata, Putrajaya akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan Paris berhubung keputusan “partial award” ke atas tuntutan waris Sulu.
“Saya maklumkan barisan peguam, jika waris Sulu kalah dalam tuntutan mereka, Malaysia perlu tuntut kos bayar balik ganti rugi kos kita melantik peguam antarabangsa yang begitu tinggi.”