
Finas melalui kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu merupakan langkah penstrukturan semula yang akan melibatkan penjajaran semula atau “recalibration” terhadap dasar, program dan aktiviti industri kreatif, terutamanya industri perfileman.
“Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem Malaysia menghasilkan filem-filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarabangsa yang tinggi,” katanya.
Pada masa sama, Finas merakamkan penghargaan kepada Md Nasir Ibrahim atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan sebagai CEO Finas mulai 1 Nov 2021 hingga semalam.
“Finas mengucapkan selamat maju jaya kepada Nasir dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak,” menurut kenyataan.