
Beliau berkata, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum perbelanjaan itu dibenarkan.
“Saya tidak setuju kerana saya minta dibincangkan dalam pasukan (petugas) khas untuk meneliti secara tepat, apa keperluannya, dan ada syarat, umpamanya pengurusan (serta) juga memenuhi beberapa pelaksanaan projek.
“Bergantung pada laporan pasukan petugas (khas), saya fikir boleh diturunkan lagi (jumlahnya),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah mengadakan mesyuarat khas pagi tadi bersama Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan setiausaha kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu air di kedua-dua negeri itu.
Beliau berkata, tindakan segera seperti peruntukan dana dibincangkan bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang tidak sampai dan tidak bersih.
“Apa yang penting, tanggungjawab kita adalah pastikan rakyat perolehi kemudahan air bersih sesegera mungkin,” katanya.
Anwar juga mengakui masalah air di Kelantan dilihat lebih serius, yang memerlukan dana kewangan yang besar, berbanding negeri lain.
Bulan lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa peruntukan tidak cukup punca utama Kelantan berdepan masalah bekalan air bersih.