
Menteri kewangan itu berkata, peruntukan berkenaan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sektor pendidikan serta memastikan kemudahan sekolah terus dipertingkatkan, selaras prinsip Malaysia Madani.
Tegasnya, sistem pendidikan perlu melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi berdisiplin, berakhlak mulia serta saling menghormati tanpa mengira kaum dan agama.
“Kita satu negara dengan pelbagai kaum dan agama. Pendidikan mesti mendidik supaya kita saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Kasih Madani Parlimen Tambun sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan di SMJKC Yuk Choy, di sini.
Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Dalam majlis sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menyampaikan sumbangan kepada wakil pelajar di kawasan Parlimen itu.