
Beliau berkata, kerajaan sedang menunggu perkembangan terkini berhubung isu siling hutang AS yang dijangka selesai dalam tempoh lima hingga enam hari lagi, sebelum mengambil sebarang tindakan.
Kerajaan AS sedang berusaha menyelesaikan isu siling hutang itu secepat mungkin, manakala Presiden AS, Joe Biden juga menyebut pentadbirannya akan cuba menyelesaikan isu tersebut sebelum 6 Jun ini.
“Tinggal beberapa hari lagi (sebelum tarikh akhir), kita harap perkara itu selesai, maka ringgit harapnya tidak sebagaimana apa yang berlaku hari ini,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian selepas lawatan rasmi ke Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi mendengar taklimat berhubung kedudukan pasaran modal negara.
Sementara itu, Ahmad berkata, Pengerusi Eksekutif SC, Awang Adek Hussin menerusi taklimat itu menegaskan pelabur yang memegang dolar AS berdepan situasi “stalemate” (kebuntuan) apabila kemelut siling hutang AS tidak diselesaikan.
“Justeru, apabila siling hutang AS boleh ditingkatkan, pegangan terhadap dolar AS akan berkurangan dan permintaan terhadap dolar AS turut berkurangan, seterusnya menyebabkan tukaran ringgit berbanding dolar AS berkurangan.”
Menurut laporan media antarabangsa, tarikh akhir kemelut siling hutang AS dilanjutkan sehingga 5 Jun sebelum negara itu berdepan masalah kehabisan aliran wang tunai.