
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, rundingan berjalan lancar dalam semangat ukhwah antara parti komponen PN.
“Selepas proses rundingan kerusi dimuktamadkan dan saringan calon selesai, kita akan terus berkempen di enam negeri,” katanya, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, selain menjalani saringan kesihatan, calon juga mesti bersih dan berintegriti.
Katanya, PN dijangka mencipta beberapa kejutan di beberapa kerusi, khasnya di kawasan ramai pengundi Melayu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Kita jangka lebih banyak kerusi di tiga negeri yang kini dikuasai PN bakal diperoleh,” katanya sambil menambah, jangkaan itu dibuat berdasarkan penyelidikan dan tinjauan sikap pengundi di enam negeri selama lebih lima bulan.
Faizal mendakwa, berdasarkan sikap pengundi, PN dijangka kekal lebih selesa di Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala lebih banyak kerusi akan dimenanginya di negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
“Kami berkeyakinan penuh dan akan terus bekerja keras memastikan PRN kali ini berpihak kepada PN di enam negeri ini,” katanya.