
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah memberikan kelebihan kepada mana-mana syarikat untuk pelaksanaan program panel solar.
“Untuk makluman anak syarikat TNB adalah seperti mana-mana syarikat solar berdaftar dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari (SEDA) dan perlu bersaing dalam Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB),” katanya di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Kok berkata, pihaknya menerima rungutan bahawa TNB dikatakan “tidak adil” dalam persaingan dengan entiti pembekal solar yang lain.
Beliau mendakwa, TNB menggunakan kelebihan monopolinya dalam bekalan tenaga elektrik untuk memonopoli perniagaan solar.
“Ini adalah kerana dalam bil elektrik setiap bulan, TNB memasukkan iklan untuk menggalakkan pengguna memasang solar bagi mengurangkan kos bil elektrik dan nombor telefon diletakkan dalam iklan berhubung terus kepada pegawai TNB.
“Kemudian disalurkan kepada anak syarikat TNB yang terbabit dalam perniagaan solar,” katanya.