Jurutera mengaku tak salah buat hantaran jelik

Jurutera mengaku tak salah buat hantaran jelik

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen atas lima tuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik.

Jurutera Sim Ngee Thiam mengaku tidak bersalah membuat hantaran jelik untuk menyakiti hati orang lain. (Gambar Bloomberg)
KUCHING:
Seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik pada 2019.

Bagi semua pertuduhan, Sim Ngee Thiam, 45, didakwa menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas secara sedar membuat dan memulakan komunikasi berbentuk teks bersifat jelik dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Kelima-lima hantaran itu didakwa dibuat antara 22 Jun 2019 hingga 27 Dis 2019.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lima pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Maris Agan, Afidah Abdul Rahman, Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff dan Musli Ab Hamid.

Mahkamah membenarkan Sim diikat jamin RM5,000 bagi semua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 4 Julai untuk sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.