
Ng Hui Yee dan suaminya, Khor Swee Boon, didakwa secara bersama di Mahkamah Majistret Ampang pada 17 Jan lalu atas tuduhan membunuh Cho Lim Fong.
Jenayah itu berlaku pada 29 Dis 2022 di depan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 1/22.
Cho dilaporkan meninggal dunia akibat parah selepas sebuah bungkusan yang diletak di atas keretanya meletup.
Pesuruhjaya Kehakiman Julia Ibrahim yang membenarkan ikat jamin itu berkata, Ng memenuhi semua keperluan undang-undang yang ditetapkan dalam Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah.
Bawah peruntukan tersebut, seorang wanita yang dituduh melakukan jenayah yang diklasifikasikan sebagai “jenayah yang tidak boleh diberi jaminan” boleh memohon dibebaskan dengan ikat jamin.
Syarat lain yang dikenakan oleh mahkamah menghendaki Ng untuk menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri di balai polis terdekat dengan rumahnya setiap dua minggu sekali.
Dia juga dikehendaki berada di rumah antara 6 petang dan 8 pagi setiap malam.
Peguam Ng, RSN Rayer memberitahu FMT wanita itu belum membayar ikat jamin disebabkan jumlah yang tinggi.
Dia kini ditahan di Penjara Kajang.
“Kami mengemukakan rayuan terhadap jumlah ikat jamin tersebut. Semasa pendengaran, mahkamah tidak memanggil pihak pembelaan dan pendakwaan untuk membincangkan jumlah tersebut,” katanya.
Sementara itu, peguam tersebut berkata tiada permohonan ikat jamin dibuat bagi pihak Khor.