
Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Saleh, berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada awal pagi hari kejadian.
“Mangsa berusia 28 tahun bekerja sebagai pengurus pemasaran mendakwa dia diraba semasa berada di dalam kolam.
“Menurut pengadu, semasa menuruni gelongsor dan tiba di kolam, seseorang menarik serta menyentuh bahagian sulit ketika dia berada di dalam air,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Justeru, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan terhadap pesalah.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222.
Terdahulu, wanita terbabit dilaporkan membuat aduan terhadap insiden yang dianggapnya sebagai gangguan seksual ke atasnya pada 13 Mei lalu kepada pengurusan taman tema air berkenaan.