
Kes itu membabitkan tuntutan palsu secara dalam talian kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan bayaran insentif pengambilan pekerja di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana 2.0).
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Individu berusia 45 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor tengah hari semalam, ketika hadir memberikan keterangan.
Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim mengesahkan penahanan reman itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.