
“Ada beberapa kes dalam proses siasatan oleh jawatankuasa khas di JPA untuk melihat laporan-laporan tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Beliau mengulas pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki seperti yang dilaporkan pada 9 Mei lepas bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.
Azam juga mendedahkan bahawa beberapa laporan itu bertarikh lebih sedekad lepas.
Zuki berkata apa yang dibangkitkan Azam adalah kes-kes yang kumulatif yang menyebabkan kes menjadi banyak.
Beliau juga berkata tindakan diambil terhadap beberapa laporan SPRM yang memerlukan tindakan tatatertib, manakala kes yang melibatkan isu salah laku jenayah rasuah akan diambil tindakan oleh SPRM.