
Mangsa ditemui di tempat duduk belakang, selepas api dipadamkan pasukan bomba sepenuhnya dalam kejadian 5.30 petang itu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Nizar Mamun, berkata dua warga Pakistan yang berjaya menyelamatkan diri dikenali sebagai Ali Ghafar dan Khan Saleem.
“Kebakaran berlaku selepas van bertembung dengan lori Isuzu lima tan yang membawa muatan batu.
“Tiga mangsa berada di dalam van, iaitu pemandu dan penumpang depan yang berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa dijumpai rentung dalam van terbakar.
“Identiti mangsa belum dikenal pasti, manakala pemandu lori terbabit juga tidak berada di lokasi kejadian,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, kejadian itu turut melibatkan dua kenderaan lain, iaitu Toyota Camry dan Honda Civic dari arah bertentangan yang terkena serpihan objek akibat kemalangan terbabit.
“Bagaimanapun, pemandu dan penumpang dua kenderaan itu selamat,” katanya.