
Tindakan segera itu menyusuli pertemuan antara beliau dan Sultan Johor di Istana Bukit Serene, semalam.
“Saya telah terima gambar-gambar sampah dari Sultan Johor dan kita akan tangani segera dalam masa terdekat. Dua hari ini tindakan akan diambil,” kata Menteri Nga Kor Ming pada sidang media selepas majlis di kementerian.
Semalam, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata kebanyakan rumah pangsa kos rendah di negerinya berada dalam keadaan daif serta dipenuhi sampah sarap yang dibuang merata-rata, sehingga menjadi tempat pembiakan serangga.
Baginda berkata perkhidmatan pembersihan langsung tidak memuaskan walaupun kerajaan negeri membayar hampir RM180 juta setiap tahun kepada sebuah syarikat.
Nga berkata syarikat terbabit akan berikan maklum balas “dalam masa terdekat”, dan meminta kerjasama semua agensi bagi menangani isu berbangkit.