
Bekas perdana menteri itu membidas tindakan Anwar yang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di enam negeri semata-mata mahu rakyat menyokongnya.
“Mereka seronok buat acara besar-besaran walaupun mereka kata tak akan (ada) acara besar-besaran…tetapi perdana menteri (Anwar) ada (buat) rumah terbuka di enam negeri.
“Dulu masa saya jadi perdana menteri, saya boleh buat satu sahaja. Dia nak buat di enam (negeri) sebab nak tunjuk supaya rakyat sokong,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Aidilfitri anjuran Adun Jeram, Shaid Rosli.
Mahathir turut mendakwa kerajaan ketika ini tidak mengambil berat masalah orang Melayu dengan tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka.
Katanya, disebabkan itu beliau mengajak semua orang tidak kira daripada parti mana untuk menyokong dan menandatangani Proklamasi Orang Melayu.
“Dalam proklamasi itu disenaraikan sebanyak 12 masalah orang Melayu. Kita adakan proklamasi kerana orang Melayu tak sedar masalah menimpa seluruh orang Melayu.
“Sebenarnya kebanyakan orang Melayu dalam bandar dan kampung miskin belaka sehingga mereka terpaksa jual tanah,” katanya.