
Ketua Pengarahnya, Zazuli Johan, berkata namun laporan itu masih belum lengkap dan pihaknya perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada Pasukan Sempadan Australia (ABF) bagi melengkapkannya.
“Kita sedang mengambil langkah susulan…setakat ini tiada tangkapan berhubung kes itu di negara ini.
“Kalau ikut maklumat dari Australia, dadah itu yang diikrar sebagai panel solar transit di Malaysia dan ia dibawa dari negara segi tiga emas (Golden Triangle) dan kami sedang dapatkan maklumat lengkap dari Australia iaitu dari mana (alamat lengkap) dadah tersebut,” katanya pada sidang media.
Media sebelum ini, melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336kg heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan, dilaporkan berkata ABF berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen, yang masing-masing seberat 500kg.
Ekoran itu, kerajaan memberikan tempoh maksimum dua minggu kepada kastam bagi mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian tersebut.
Anwar dilaporkan berkata, kejadian itu menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem kerajaan yang sepatutnya mampu mengesan kegiatan berkenaan, namun gagal.