Mahfuz dilantik pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

Mahfuz dilantik pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

Pelantikan naib presiden Amanah itu diumumkan bersama empat lagi lantikan badan berkanun lain di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, dilantik menerajui Lembaga Pertubuhan Peladang, berkuat kuasa 15 Mei.
PETALING JAYA:
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan lima pelantikan pengerusi badan berkanun di bawah kementeriannya.

Dalam kenyataan, Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar dilantik menerajui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), selain Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil dilantik mengetuai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dalam pada itu, bekas Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharid Ali, pula mengetuai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail dilantik pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), manakala Aminuddin Zulkipli dilantik pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Semua pelantikan itu berkuat kuasa 15 Mei ini.

“Dimaklumkan bahawa pelantikan pengerusi bagi lima badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah dipersetujui oleh perdana menteri,” kata Mohamad dalam kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.