Import tanpa permit, tanaman hiasan RM132,000 dirampas di Johor

Import tanpa permit, tanaman hiasan RM132,000 dirampas di Johor

Maqis berkata hasil pemeriksaan mendapati pengimport gagal mengemukakan permit import sah untuk 17 jenis tanaman hiasan itu.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan berkata rampasan dibuat hasil pemeriksaan pegawai penguasa pada Selasa. (Gambar Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan)
PETALING JAYA:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) merampas 17 jenis tanaman hiasan diimport dari China tanpa permit di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor semalam.

Katanya, semua tanaman hiasan dianggarkan seberat 1.1 tan itu bernilai RM132,000.

“Rampasan dibuat hasil pemeriksaan pegawai penguasa pada 11.18 pagi Selasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati pengimport gagal mengemukakan permit import Maqis yang sah,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurutnya, mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa import permit Maqis adalah kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.