Remaja dikhuatiri lemas dihanyut ombak

Remaja dikhuatiri lemas dihanyut ombak

Pasukan bomba dan polis yang dibantu orang kampung mencari mangsa dalam radius 1km dari lokasi kejadian.

Mangsa berusia 17 tahun itu sedang bermandi-manda dengan tiga rakannya di pantai Kampung Gatas Bekenu, Miri dalam kejadian petang semalam. (Gambar Facebook Bomba)
PETALING JAYA:
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak ketika bermandi-manda bersama tiga rakannya di pantai Kampung Gatas Bekenu, Miri semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Shahrizan Amani Sepawi, 17, manakala rakannya yang hampir lemas sempat diselamatkan orang kampung.

“Dua lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.

“Kita menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6 petang.

“Bomba dan polis memulakan operasi pencarian di sekitar tepi pantai dengan bantuan orang kampung dalam radius 1km, namun mangsa gagal ditemui,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, operasi terpaksa ditangguhkan pada 8.35 malam tadi disebabkan keadaan gelap dan berbahaya.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.