PM ucap takziah kepada keluarga bekas KSU perbendaharaan

PM ucap takziah kepada keluarga bekas KSU perbendaharaan

Mendiang Clifford Francis Herbert dilantik ke jawatan itu pada 1994 sebelum bersara 1997.

Anwar Ibrahim berkata, mendiang Clifford Francis Herbert mempunyai jasa dalam pembangunan negara khususnya pembinaan KLIA. (Gambar Facebook Victoria Institution)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Clifford Francis Herbert yang meninggal dunia pagi ini.

Anwar menerusi catatan di Facebook berkata, mendiang adalah seorang pegawai yang baik dan telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.

“Secara peribadi, saya akan terus mengingati jasa mendiang terhadap pembangunan negara khususnya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya utus salam takziah buat keluarga mendiang, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini,” katanya.

Clifford, 81, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1964, berkhidmat sebagai ketua setiausaha perbendaharaan mulai 1994 sebelum bersara pada 1997.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.