
PETALING JAYA: Satu rakaman video tular yang menunjukkan seorang lelaki diserang yang didakwa berlaku di Stesen KTM Segambut adalah palsu, kata KTMB.
Video yang tersebar di media sosial itu mendakwa seorang lelaki dirompak enam suspek ketika mengeluarkan wang di mesin ATM di stesen tersebut. Penyebar video itu juga menasihat pengguna berhati-hati ketika berada di stesen berkenaan.
Bagaimanapun, KTMB dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu bahawa video itu adalah palsu dan meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu tersebut.
“Orang awam diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu tersebut di mana-mana medium media sosial,” katanya.