Polis siasat dakwaan kanak-kanak cedera langgar lari

Polis siasat dakwaan kanak-kanak cedera langgar lari

Kertas siasatan dibuka selepas kedua-dua pihak terlibat dalam kemalangan membuat laporan polis.

Tangkap layar seorang kanak-kanak berusia empat tahun didakwa mangsa langgar lari di Jalan Sitiawan-Taiping tular di media sosial. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak menjadi mangsa langgar lari hingga tular di Jalan Sitiawan-Taiping , pada 3 Mei lalu.

Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid, berkata polis mengesan satu hantaran dimuat naik pemilik akaun Twitter @Malaysianvirall memaparkan dua keping gambar tentang kejadian itu sehingga tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku pada 7.30 malam, 3 Mei lalu di lokasi tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu pacuan empat roda dan motosikal.

“Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda didakwa melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua pihak terlibat dalam kejadian itu telah tampil membuat laporan polis pada keesokannya.

“Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh di jalan awam,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menaiki motosikal itu cedera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.