Hanya 10 pengilang cecair vape nikotin berdaftar dengan kastam

Hanya 10 pengilang cecair vape nikotin berdaftar dengan kastam

Ia membabitkan tujuh pemohon le­sen baharu vape bernikotin dan tiga pemohon sedia ada bagi menambah produk me­ngandungi nikotin.

Duti eksais RM0.40 dikenakan bagi setiap mililiter cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan rokok elektronik dan vape berkuat kuasa 1 April lalu.
PETALING JAYA:
Jabatan Kastam akan mengesan pengilang cecair vape bernikotin yang tidak berdaftar susulan pelaksanaan duti eksais sejak 1 April lalu.

Ketua Pengarahnya, Zazuli Johan berkata, 10 syarikat pengilang berdaftar de­ngan pihaknya setakat 30 April lalu.

Katanya, ia membabitkan tujuh pemohon le­sen baharu vape bernikotin dan tiga pemohon sedia ada bagi menambah produk me­ngandungi nikotin.

“Pendaftaran kurang membe­rangsangkan kerana kebanyakan cecair atau gel bernikotin di negara ini diimport dari luar negara, terutamanya vape atau ro­kok elektronik pakai buang dan bukan dihasilkan dari kilang tempatan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Duti eksais RM0.40 dikenakan bagi setiap mililiter cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan rokok elektronik dan vape berkuat kuasa 1 April lalu.

Zazuli berkata, pemantau­an dan pemeriksaan akan dijalankan ke atas pengimport vape dan pengilang cecair vape bernikotin bagi memastikan mereka mengikrar dalam penyata dan borang kastam dengan betul.

“Justeru, kita meminta jika ada mana-mana syarikat yang belum mendaftar supaya tampil sebelum tindakan selanjutnya diambil.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.