
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata harga rokok yang disemak semula itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
Harga baharu adalah seperti berikut:
- Dunhill – RM18.20 (RM17.70 harga lama)
- Benson & Hedges – RM18.40 (RM17.90)
- Peter Stuyvesant – RM16.70 (RM16.20)
- KYO – RM14.00 (RM13)
- Rothmans – RM12.90 (RM12.40)
- Luckies – RM12.40 (RM12)
Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem, berkata kenaikan eksais yang ‘sederhana’ oleh Putrajaya adalah langkah yang betul memandangkan kenaikan terakhir berlaku sedekad lalu.
“Kenaikan harga rokok yang mendadak sebelum ini menyumbang kepada peningkatan pasaran gelap tembakau, yang kini merangkumi 54% daripada jumlah penggunaan rokok di Malaysia.
“Pasaran gelap menimbulkan ancaman serius kepada objektif kesihatan awam, keselamatan dan hasil kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Nedal memuji agensi penguatkuasaan atas usaha menangani pasaran gelap tembakau, selain RM700 juta yang diperuntukkan untuk meningkatkan penguatkuasaan.
“Kami menyokong penuh inisiatif berterusan kerajaan dan tindakan penguatkuasaan untuk menangani isu yang lama berlarutan ini. Kami juga menggalakkan rakyat Malaysia memainkan peranan dengan memilih produk yang sah dan melaporkan rokok haram melalui laman web JomLapor.”
Pada 1 Nov, duti eksais ke atas rokok meningkat sebanyak dua sen bagi setiap batang, dan sebanyak RM40 sekilogram bagi cerut, cheroots dan cigarillos, sebagai sebahagian usaha kerajaan mempromosikan gaya hidup lebih sihat.
Produk tembakau dipanaskan juga menyaksikan peningkatan RM20 sekilogram kandungan tembakau.
Putrajaya turut melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi penggantian nikotin, termasuk semburan nikotin dan lozeng nikotin, sehingga 31 Dis 2027.