Anwar beri amaran rancangan guling kerajaan

Anwar beri amaran rancangan guling kerajaan

Perdana menteri berkata, beliau muak dengan khabar angin berterusan berhubung rancangan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinannya.

Anwar Ibrahim memberitahu pihak yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya supaya membentangkan usul undi tidak percaya terhadapnya di sidang Dewan Rakyat akan datang.
BUKIT MERTAJAM:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi amaran secara tidak langsung kepada pihak yang cuba menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinannya.

“Jangan sabotaj, kalau kita dah beri ruang dan cuba mengganggu gugat, kita akan bertindak sewajarnya tanpa bertolak ansur,” katanya ketika menghadiri rumah terbuka di Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang.

Katanya, beliau muak dengan khabar angin berterusan berhubung rancangan menjatuhkan kerajaan perpaduan dan menggesa pihak terbabit membentangkan usul undi tidak percaya terhadapnya di sidang Dewan Rakyat akan datang.

Ini menyusul laporan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional dikatakan terbabit dalam komplot dengan Perikatan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan semasa.

FMT sebelum ini melaporkan 10 Ahli Parlimen BN berhasrat memaksa pilihan raya kecil diadakan dengan meninggalkan parti itu. Mereka semua sebelum ini menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin selepas PRU 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.