Adun jadi KM Pulau Pinang 2 penggal tak boleh dilantik semula, kata Chow

Adun jadi KM Pulau Pinang 2 penggal tak boleh dilantik semula, kata Chow

Ia susulan laporan mendakwa ada Adun tidak berpuas hati dengan prestasi Chow Kon Yeow dan dikatakan mahu Lim Guan Eng kembali menerajui Pulau Pinang.

Chow Kon Yeow berkata Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan ketua menteri hendaklah dilantik dalam kalangan orang tidak pernah memegang jawatan ketua menteri bagi dua penggal.
PETALING JAYA:
Adun yang pernah memegang jawatan ketua menteri Pulau Pinang selama dua penggal tidak boleh dilantik semula ke jawatan itu, kata Chow Kon Yeow.

Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah portal mendakwa terdapat desakan dalaman untuk menyekatnya menjadi ketua menteri buat penggal kedua selepas PRN akan datang.

Laporan itu mendakwa ada Adun tidak berpuas hati dengan prestasi Chow dan dikatakan mahu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kembali menerajui Pulau Pinang.

Chow berkata, Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan ketua menteri hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan ketua menteri bagi dua penggal.

Katanya, ia termasuk Adun Air Putih, Lim Guan Eng yang menjadi ketua menteri Pulau Pinang dari 2008 hingga 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.