Warga emas jatuh gaung 12 meter

Warga emas jatuh gaung 12 meter

Mangsa, Bainah Long, 79, disedari hilang selepas bangun tidur sebelum ditemui terbaring dalam gaung di belakang rumahnya.

Anggota bomba membantu membawa keluar seorang warga emas yang ditemui terbaring dalam gaung sedalam 12m. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas ditemui terbaring dalam gaung sedalam 12m di belakang rumahnya di Bandar Baru Selayang 2, Kawasan Kuari, dalam kejadian pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa, Bainah Long, 79, disedari hilang selepas bangun tidur.

Katanya, dia dipercayai tergelincir dan terjatuh dalam gaung terbabit.

“Kita menerima panggilan pada 3.21 pagi dan tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.

“Mangsa disedari hilang pada 1 pagi dan gagal ditemui oleh keluarganya sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

“Pihak bomba kemudian mencari di kawasan gaung di belakang rumahnya dan menemui mangsa pada 3.40 pagi dalam keadaan terbaring. Namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.