Jangan buat kenyataan berkait PRN pada media, Guan Eng beritahu ahli DAP

Jangan buat kenyataan berkait PRN pada media, Guan Eng beritahu ahli DAP

Pengerusi DAP berkata parti akan mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan mematuhi arahan itu.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng, berkata parti akan membuat keputusan muktamad mengenai jawatan dan calon pilihan raya.
PETALING JAYA:
Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi amaran kepada pemimpin dan ahli parti supaya mengelak daripada membuat kenyataan terbuka berkaitan jawatan dan calon untuk PRN akan datang.

Beliau berkata, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan mendengar atau mengabaikan amaran itu.

“Parti membuat keputusan muktamad mengenai jawatan dan calon PRN. Oleh itu, serahkan semua kenyataan umum kepada pucuk pimpinan negara, khususnya kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

“Ini akan menyekat lawan politik kita daripada memanipulasi sebarang kenyataan menjelang PRN,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, beliau terpaksa untuk mengeluarkan kenyataan itu selepas sebuah portal berita dalam talian menyiarkan laporan mengenai kepimpinan DAP Pulau Pinang dan beberapa Adunnya.

Beliau berkata, portal berita itu menarik balik laporan itu dan memohon maaf selepas menyedari laporan itu tidak boleh disahkan fakta dan sememangnya tidak berasas.

“Bagi portal berita atas talian terkemuka, untuk terlibat dalam laporan tidak bertanggungjawab sedemikian adalah peringatan baik tentang betapa luas dan menyeluruh lawan DAP dari dalam dan luar, berniat untuk mencetuskan perpecahan, mengganggu dan juga mensabotaj peluang kemenangan kita dalam PRN akan datang.

Enam negeri termasuk dipimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta negeri pimpinan PAS, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan mengadakan PRN selepas Jun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.