
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan, berkata dalam tempoh sama, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
“Sehingga kini, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan ialah 36,997 kes, namun merekodkan peningkatan 24,056 kes atau 185.9% berbanding 12,941 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Radzi berkata dalam ME sama, terdapat 103 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 116 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan 58 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (25) dan Sabah (tujuh).
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai enam lokaliti, diikuti Perak (lima), serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Sarawak.
Sementara itu, bagi survelan chikungunya, beliau berkata terdapat empat kes dilaporkan pada ME ke-17 dengan dua kes di Selangor dan masing-masing satu di Kedah serta Perak yang menjadikan kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 1,242 kes.
“Bagi survelan zika, sebanyak 973 sampel darah dan 37 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.
Radzi turut menasihati orang awam supaya sentiasa membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes selain menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas penyimpanan air untuk menghalang pembiakan serangga itu.