
SPRM dalam satu kenyataan berkata, guru besar berusia 56 tahun ditahan selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan di pejabat SPRM Kluang pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Katanya, guru besar itu disiasat kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah yang sama.
“Rasuah itu sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.