
Katanya, kadar rendah itu juga tiada kaitan dengan kuota kerana ATM tidak pernah menetapkan sebarang kuota bagi mana-mana bangsa, sebaliknya semua kaum di Malaysia dialu-alukan berkhidmat untuk negara.
“Saya percaya yang menjadi punca (kurang penyertaan kaum bukan Bumiputera), mungkin adalah faktor kewangan. Kalau kita tengok pada agensi-agensi lain juga, penyertaan kaum lain selain Bumiputera memang tidak banyak.
“Selain itu, untuk menyertai ATM juga memerlukan hati yang cekal. Anggota ATM terikat dengan peraturan-peraturan tentera yang mungkin tidak mendatangkan minat daripada kaum lain.
“Tidak seperti di luar sana, semua individu bebas buat apa saja dan jika dengan ATM, kita ada peraturan tersendiri. Bagaimanapun, tidaklah itu membebankan, ramai yang sertai ATM baik-baik saja,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Bulan lalu, FMT melaporkan tiada jaminan kerja selepas tamat perkhidmatan dikatakan antara sebab rakyat, khasnya bukan Bumiputera tidak berminat menyertai ATM.
Ahli Parlimen Ketereh yang juga Mejar Jeneral (B) Khlir Mohd Nor dilaporkan berkata, kerajaan perlu memastikan kehidupan anggota tentera selepas tamat perkhidmatan terjamin dengan menawarkan “peluang kerjaya kedua”.
Beliau memberi contoh memasukkan mereka dalam pasukan beruniform seperti bomba dan imigresen atau menawarkan pekerjaan menerusi anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera.