Pasangan kekasih buat aksi ‘wheelie’ ditahan polis

Pasangan kekasih buat aksi ‘wheelie’ ditahan polis

Turut dirampas motosikal jenis Honda Ex5 berwarna putih yang dipercayai digunakan untuk membuat aksi tersebut.

Tangkap layar pasangan kekasih menunggang motosikal sambil membuat aksi ‘wheelie’ di Jalan Chendor Kuantan.
PETALING JAYA:
Pasangan kekasih ditahan selepas rakaman video mereka menunggang motosikal sambil membuat aksi ‘wheelie’ di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman tular di media sosial.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata remaja masing-masing berusia 17 tahun itu ditahan polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok, hari ini.

Katanya, penahanan dua remaja itu buat oleh seorang pegawai bersama lapan anggota Bahagian Siasatan dan Pencegahan Trafik (BSPT) Kuantan.

Turut dirampas motosikal jenis Honda Ex5 berwarna putih dipercayai digunakan untuk membuat aksi tersebut.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Kuantan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.