PM selesai masalah air di Kedah jika kerajaan perpaduan memerintah, kata Zahid

PM selesai masalah air di Kedah jika kerajaan perpaduan memerintah, kata Zahid

Timbalan perdana menteri berkata beliau akan ingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membantu rakyat Kedah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika hadir ke Himpunan Madani Kedah 2023 di Alor Setar. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Putrajaya akan menyelesaikan masalah air di Kedah sekiranya negeri itu ditadbir kerajaan perpaduan dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Zahid yang juga presiden Umno berkata, berapa ramai penduduk di Kedah yang terjejas dengan masalah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak mahu masalah air di Kedah yang diterajui PAS menjadi semakin buruk seperti mana yang berlaku di Kelantan.

“InsyaAllah, kalau kerajaan Kedah di bawah kerajaan perpaduan masalah air akan diselesaikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Sebab perdana menteri adalah menteri kewangan. Kalau beliau lupa saya akan ingatkan tolong rakyat kedah,” katanya berucap di Himpunan Madani Kedah 2023 di Alor Setar.

Pada Isnin lalu, Ketua Umno Kuala Kedah Abdul Muthalib menggesa kerajaan negeri menyelesaikan masalah bekalan air yang menjejaskan lebih 35,000 buah rumah di kawasan itu ketika musim perayaan.

Katanya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Sanusi Nor tidak seharusnya menyalahkan pentadbiran terdahulu atas masalah tersebut.

“Kerajaan persekutuan sudah meluluskan peruntukan untuk menaiktaraf loji rawatan air dan menggantikan paip air lama di kawasan terjejas,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.