Seri Kembangan dilanda banjir kilat akibat hujan lebat

Seri Kembangan dilanda banjir kilat akibat hujan lebat

Menurut beberapa hantaran di media sosial, Taman Lestari Putra dan Equine Park antara kawasan dilanda banjir kilat.

Gambar dan video yang dihantar pengguna media sosial menunjukkan kawasan yang dilanda banjir.
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di Seri Kembangan, Selangor dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pada tengah hari tadi.

Menurut beberapa hantaran di media sosial, Taman Lestari Putra dan Equine Park antara kawasan dilanda banjir kilat.

Beberapa gambar dan video menunjukkan beberapa jalan raya dinaiki air turut tular.

Pengguna Facebook turut melaporkan kesesakan jalan raya yang teruk di kawasan itu dipercayai akibat banjir kilat.

Twitter Astro Radio Traffic melaporkan jalan menghala ke Pusat Bandar Putra Permai sesak teruk hampir sejam akibat banjir kilat.

Ia juga memberi amaran kepada pengguna jalan raya untuk menjangkakan kelewatan di lebuh raya PLUS dari Universiti Asia Pacific (APU) menghala ke Country Heights akibat air bertakung.

Sementara itu, kolej kediaman Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Canselor juga terjejas akibat banjir kilat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni) UPM, Arifin Abdu berkata hujan lebat selama dua jam menyebabkan air naik hingga ke lobi kolej kediaman dan pejabat.

“Antara punca banjir kilat adalah longkang utama tersumbat. Bagaimanapun masalah itu sudah diselesaikan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.