Jadikan kritikan anda lebih objektif, Anwar beritahu Suaram

Jadikan kritikan anda lebih objektif, Anwar beritahu Suaram

Perdana menteri berkata terdapat keperluan untuk mengelak kesilapan politik dalam melaksanakan pembaharuan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited terhadap hak asasi manusia dan perlu diberi masa untuk melakukan pembaharuan.
SUNGAI BULOH:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa kumpulan kumpulan hak asasi manusia, Suaram supaya lebih objektif dalam membuat kritikan terhadap kerajaan dalam menjayakan agenda pembaharuan di negara ini.

Anwar berkata dalam melaksanakan pembaharuan, penting bagi kerajaan mengelak daripada membuat “kesilapan politik”.

“Kita melihat kesilapan (sebelum ini) yang dibuat dengan (cubaan ratifikasi) Icerd,” katanya merujuk kepada keputusan kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sebelum ini.

“Kita komited dengan hak asasi manusia. Tetapi anda perlu memberi kita masa,” katanya kepada media selepas menghadiri solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan, Paya Jaras.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Semalam, Suaram mengkririk Anwar dengan menyifatkan beliau akan menjadi perdana menteri paling teruk jika gagal menunaikan janji pembaharuan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) selama ini.

Menyifatkan kerajaan lambat dalam memperkenalkan dasar berkaitan melindungi hak asasi manusia, Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy mempersoalkan tekad politik kerajaan untuk mengubah undang-undang zalim dan kuno di negara ini.

Suaram berkata, mereka meletakkan harapan tinggi kepada Anwar, yang telah menjadi mangsa kezaliman polis dan penahanan tanpa bicara, untuk melakukan sesuatu sekarang ketika mempunyai kuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.