
Menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata, perkara itu sedang dimuktamadkan menerusi perbincangan antara Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dengan pihak berkaitan, dan pengumuman mengenainya akan dibuat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
“Di peringkat awal ini, kita bersetuju untuk perbelanjaan pentadbiran,” katanya ketika meninjau Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Sadek.
Sebelum ini, Fadillah dilaporkan berkata, tiada syarat ditetapkan ketika rundingan awal bersama wakil Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, proses pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk PRN Kedah hampir selesai.
“Kita hampir memuktamadkan pembahagian kerusi itu untuk Kedah. Lain-lain negeri (lima negeri lagi) apabila saya berada di negeri berkenaan (akan umumkan tentang pengagihan kerusi).”