
Pemangku Ketua Polis Shah Alam, Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada 5.56 pagi tadi.
Beliau berkata, ia merupakan bangunan bengkel dua tingkat dan seorang lelaki dipercayai pekerja bengkel itu yang tidak dapat menyelamatkan diri, dijumpai di tangga bangunan berkenaan.
“Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua kaki serta dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, bangunan itu musnah sepenuhnya akibat kebakaran dan siasatan masih dijalankan berhubung punca kejadian.