19 rumah sementara buat kakitangan Akademi SPRM

19 rumah sementara buat kakitangan Akademi SPRM

Ketua pengarah perkhidmatan awam berkata, ia bagi memastikan kakitangan Akademi SPRM tidak terganggu dengan insiden itu.

Zulkapli Mohamed berkata, JKR akan membuka jalan alternatif untuk memudahkan urusan kakitangan Akademi SPRM. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 19 rumah sementara disediakan kepada kakitangan terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin kelmarin.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Zulkapli Mohamed berkata, ia bagi memastikan kakitangan Akademi SPRM tidak terganggu dengan insiden itu.

“Kita sediakan 19 rumah kepada mereka di kawasan berdekatan tempat kerja mereka. Jadi, isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya akan membuka jalan alternatif untuk memudahkan urusan kakitangan Akademi SPRM.

“Kita juga akan menyediakan fasiliti lain untuk memastikan kerja dan operasi Akademi SPRM dan agensi lain yang terbabit berjalan seperti biasa.”

Kelmarin, 76 kakitangan Akademi SPRM dipindahkan susulan tanah runtuh di luar bangunan itu kira-kira 1.30 tengah hari.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, runtuhan cerun itu bukan disebabkan faktor semula jadi, sebaliknya akibat kebocoran sistem perpaipan bekalan air di kawasan berkenaan.

Katanya, kebocoran paip pada sistem perpaipan menyebabkan tanah mengalami ketepuan tinggi dan meningkatkan “lateral force” kepada tembok penahan sedia ada daripada jenis Contiguous Micropile.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.